Sunday, October 08, 2006

YABEDA BEDUUU

Hari ini dah masuk hari ke 15 berpuasa, alhamdulillah semuanya selamat setakat ini. Tak ada terlepas solat terawih walau terlepas dua kali berjemaah. Itu yang tak suka berbuka dengan kawan kat rumah atau di hotel sebab asyik sembang hingga lemah semangat nak pergi masjid buat solat Isyak dan terawih berjemaah. Lain kali tak payah la pergi, cakap je nak solat terawih berjemaah dan kalau nak ajak juga mereka kena akur kehendak aku nak pergi jugak ke solat Isyak dan terawih berjemaah. Ingat, makan dan berhenti sebelum kenyang!!!!
Hepinya sebab mungkin minggu ini rezeki aku akan bertambah dengan keizinanNYA, alhamdulillah semoga berkat segalanya.

No comments: