Tuesday, November 04, 2008

KE KL LAGI......JENUH NAIK BELON

Nampaknya aku macam ni le keje nyer.....kejap-kejap kene balik kl....kalau tak saja balik, ada meeting dan macam sebelum raya kena hantar anak ke KLIA untuk ke Mesir....botak kepala beb bayar tambang belon je...

Well, dah lama tak memblogkan diri ni, almaklumle bz sokmo yang entah apa-apa entah. Sejak September sekarang dah masuk November beb....rambut kat kepala dah makin banyak putihnya....

Aktiviti aku sejak September lalu, awal September balik ke KL dengan anak lelaki hantar dia balik kampus Nottingham Univ di Semenyih dan bawa balik anak perempuan yang akan ke Mesir hujung bulan September nanti. Hujung September satu keluarga balik KL menghantar Keiko ke KLIA untuk ke Mesir buat Medic....hmmmm dah dua orang anak aku masuk universiti ekkk...bapak dia perangai macam budak2 jugak.....

Bulan Oktober, raya ke 2 kami dah jalan ke Labuan tengok kete Honda Accord 2.4 dan Toyota camry 2.4 kononnya nak sambau le, tapi fikir balik buat tambah hutang je. Cukup dengan apa yang ada iaitu Unser kesayangan aku tu.......lepas tu aku sibuk dengan layan kengkawan datang dari KL nak daki Gunung Kinabalu dan aku buat kursus Diving PADI Scubadiver dengan Borneo Divers di pulau Mamutik....Alhamdulillah dah selesai semua last week dapat lesen PADI OW dan menyelam 4 kali (2 boat dives, 2 shore dives).

Tetiba kena pegi KL la lagi kursus di PD dari 10 - 14 Nov ni. Dah la tu balik je ke KK pada 16 Nov terbang balik ke KL dengan family dorang nak cuti panjang di Rawang. 19 Nov aku kena keje balik di KK, cuti Raya Haji balik lagi ke KL pada 6 Dis - 10 Dis, balik ke KK. Lepas tu balik KL lagi cuti 17 Dis dan ambik dorang balik KK pada 25 Dis.......Letih beb naik belon aku dalam masa sebulan dua ni (Nov/Dis)....tu la dok keje lagi jauh-jauh tapi syok jugak tengok tempat orang......