Thursday, August 28, 2008

TERBANG LAGI

Memang memenatkan.....itu ayat yang boleh menyatakan perasaan aku bila asyik-asyik kena ke KL meeting. Apa hal benda kecik pun tak boleh nak solve, nak kena orang dari Sabah juga datang, dah tu bila dah habis meeting baru tahu rupanya tak payah wakil dari Sabah pun boleh.....mende la bos di KL ni....

20 Ogos dah ke KL, 4 Sept ni nak kena ke KL lagi. Dah la bulan puasa lagi, memang meletihkan.......ingat KK - KL dekat ke macam Penang - KL..........hampessssss....

Tuesday, August 26, 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME!!! TAHNIAH PERMATANG PAUH

Yesssss......lupa la pulak harijadi aku pada 25 Ogos lalu sebab terlalu sukanya pantau pilihanraya kecil di kampung aku, Permatang Pauh pada 26 Ogos.....apsal la dorang tak kasi tiket aku balik mengundi macam bulan Mac lalu. Itu la sebabnya peratus keluar mengundi kurang sebab orang-orang yang senasib dengan aku tak dapat balik kampung...huhuhuuuu....

Anyway, tahniah kepada orang kampung aku....berani buat keputusan. Aku suka jugak lepak lama-lama di KK ni, pagi tadi pi jogging lagi kat pantai Tg Aru dgn mem......tapi hatiku tetap di kampung yang penuh dengan nostalgia......

Semalam orang pi mengundi, aku pi golof di Dalit GCC, esok di Borneo GCC dengan Timbalan Menteri Pengangkutan......nak bodek la tu kat aku ada keje ke untuk depa di Sabah...hmmmmm...

Friday, August 22, 2008

KE PASAR IKAN

Waduhhh....syoknya lepak di KK ni....semua barang basah murah belaka. Pagi tadi aku mula aktiviti ke pasar semula. Pagi-pagi buta jam 6 dah terceguk kat Pasar Kota Kinabalu. mak datok, ikannya beso beso dan murah giler. Udang pun beso beso serta murah.....aku shopping sakan dalam RM100 dapat beli ikan dua jenis, udang, sotong, ketam, sayur-sayur dan buah-buahan....penuh kawasan belakang storage area 4x4 aku tu......mau tahan 2 minggu stok ni......itu la nikmatnya tinggal di Sabah, selain lautnya, gunung ganangnya........semua begitu indah serta mengasyikkan....tak nak transfer la mcm ni....eheheeee...mari kita cari jalan macamana nak suruh bos bagi kita stay Sabah lama-lama.......thinkkkkkk bro!!!!

Thursday, August 21, 2008

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Lerrrr.....dah lama aku tak memblogkan diri, entah apa yang sibuk sangat dengan dunia ni weiiiiii.....sedar-sedar dah bulan Ogos 2008, projek aku pun dah nak habis...delay tu biasa la kan projek gomen yang banyak halangan politik ni.....anyway, happy to be back so let us start new business...eheheeeeee

yeyyy yeyyyy next month posa.....