Tuesday, November 04, 2008

KE KL LAGI......JENUH NAIK BELON

Nampaknya aku macam ni le keje nyer.....kejap-kejap kene balik kl....kalau tak saja balik, ada meeting dan macam sebelum raya kena hantar anak ke KLIA untuk ke Mesir....botak kepala beb bayar tambang belon je...

Well, dah lama tak memblogkan diri ni, almaklumle bz sokmo yang entah apa-apa entah. Sejak September sekarang dah masuk November beb....rambut kat kepala dah makin banyak putihnya....

Aktiviti aku sejak September lalu, awal September balik ke KL dengan anak lelaki hantar dia balik kampus Nottingham Univ di Semenyih dan bawa balik anak perempuan yang akan ke Mesir hujung bulan September nanti. Hujung September satu keluarga balik KL menghantar Keiko ke KLIA untuk ke Mesir buat Medic....hmmmm dah dua orang anak aku masuk universiti ekkk...bapak dia perangai macam budak2 jugak.....

Bulan Oktober, raya ke 2 kami dah jalan ke Labuan tengok kete Honda Accord 2.4 dan Toyota camry 2.4 kononnya nak sambau le, tapi fikir balik buat tambah hutang je. Cukup dengan apa yang ada iaitu Unser kesayangan aku tu.......lepas tu aku sibuk dengan layan kengkawan datang dari KL nak daki Gunung Kinabalu dan aku buat kursus Diving PADI Scubadiver dengan Borneo Divers di pulau Mamutik....Alhamdulillah dah selesai semua last week dapat lesen PADI OW dan menyelam 4 kali (2 boat dives, 2 shore dives).

Tetiba kena pegi KL la lagi kursus di PD dari 10 - 14 Nov ni. Dah la tu balik je ke KK pada 16 Nov terbang balik ke KL dengan family dorang nak cuti panjang di Rawang. 19 Nov aku kena keje balik di KK, cuti Raya Haji balik lagi ke KL pada 6 Dis - 10 Dis, balik ke KK. Lepas tu balik KL lagi cuti 17 Dis dan ambik dorang balik KK pada 25 Dis.......Letih beb naik belon aku dalam masa sebulan dua ni (Nov/Dis)....tu la dok keje lagi jauh-jauh tapi syok jugak tengok tempat orang......

Friday, September 12, 2008

PMC NAK MAMPOS KE?

Terkezut den...habis je solat terawih tetibe dapat message dari Dato' KSU Kementerian Pengangkutan.....apahal ni memalam buta hantar message kat handphone aku ni, tunggu hari keje ke atau hantar je ke email aku ke, tak boleh tunggu ke?

Belek punya belek rupanya hal PMC aku di Sabah ni tak mau ikut arahan Dato' KSU agar ratify payment to contractors sebagaimana yang dah bincang dan agree by all parties di MOT 4 Sep lalu.....amende la aku pulak disuruhnya keluar surat ke PMC, patut bos aku la di HQ yang jadi wakil pegawai penguasa yang buat keje tu, aku kuli je....

Tengah golf kat karambunai jam 6 ptg khamis lalu, tetiba je bos aku telepon suruh buat claim macam biasa, aku sign dan dia sign terus bayar...nak mampos ke, dah la aku kena serbu dek BPR Sabah bulan 5 dulu sebab ada orang komplen aku lulus payment ke contractor tak ikut prosidur betul........ni keje PMC la buat repot sebab tak puashati asyik kena paku dengan aku setiap hari Isnin.....apa tak betulnya, selama ni pun semua projek Kerajaan yang kami jaga itu la format yang dipakai, nak guna format PMC boleh jugak tapi sampai sekarang PMC tak nak sign dokumen yang dia usulkan walau dah semua orang ikut cara dan kehendak PMC dan tandatangani dokumen...apa sebenarnya PMC nak ni???? aku bingung.....nak pau aku duit, sori la aku keje makan gaji je....pegi la pau MOT......dah kena, ambikkk....eheheeee

aku dah cadang kat Dato' KSU, kalau by 17 sep PMC tak ratify dan sign dokumen payment ikut cara dia orang tu, ambil tindakan tegas ke atas PMC.....eheheeee...jahatnya aku di bulan puasa ni, tapi aku hanya melaksanakan tugas secara professional....BPR Sabah aku suruh dia siasat PMC sama ada betul ke dia orang buat keje atau tidak sebab bulan-bulan aku sign payment dia orang RM200K +, makan gaji buta ke???

Sunday, September 07, 2008

KE KL LAGI

Nampaknya kena ke KL lagi minggu depan hari Jumaat....baru je balik ni dah nak kena ke KL lagi. Cumanya kali ni dengan family semua nak hantar Sarah anak ke-2 ke KLIA pada 21 Sept ni. Dah rezeki dia nak dapat belajar Perubatan di Alexandria, Mesir. Sebagai ibubapa yang dah biasa ke luar negara tak rasa risau sangat sebab kami pun dah alami keadaan seperti tu dulu....Pandai-pandai la korang bawa diri, janji jangan tinggal solat dan selalu ingat DIA yang telah beri semua nikmat kepada kita selama ini.....OK time to solat....

Thursday, August 28, 2008

TERBANG LAGI

Memang memenatkan.....itu ayat yang boleh menyatakan perasaan aku bila asyik-asyik kena ke KL meeting. Apa hal benda kecik pun tak boleh nak solve, nak kena orang dari Sabah juga datang, dah tu bila dah habis meeting baru tahu rupanya tak payah wakil dari Sabah pun boleh.....mende la bos di KL ni....

20 Ogos dah ke KL, 4 Sept ni nak kena ke KL lagi. Dah la bulan puasa lagi, memang meletihkan.......ingat KK - KL dekat ke macam Penang - KL..........hampessssss....

Tuesday, August 26, 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME!!! TAHNIAH PERMATANG PAUH

Yesssss......lupa la pulak harijadi aku pada 25 Ogos lalu sebab terlalu sukanya pantau pilihanraya kecil di kampung aku, Permatang Pauh pada 26 Ogos.....apsal la dorang tak kasi tiket aku balik mengundi macam bulan Mac lalu. Itu la sebabnya peratus keluar mengundi kurang sebab orang-orang yang senasib dengan aku tak dapat balik kampung...huhuhuuuu....

Anyway, tahniah kepada orang kampung aku....berani buat keputusan. Aku suka jugak lepak lama-lama di KK ni, pagi tadi pi jogging lagi kat pantai Tg Aru dgn mem......tapi hatiku tetap di kampung yang penuh dengan nostalgia......

Semalam orang pi mengundi, aku pi golof di Dalit GCC, esok di Borneo GCC dengan Timbalan Menteri Pengangkutan......nak bodek la tu kat aku ada keje ke untuk depa di Sabah...hmmmmm...

Friday, August 22, 2008

KE PASAR IKAN

Waduhhh....syoknya lepak di KK ni....semua barang basah murah belaka. Pagi tadi aku mula aktiviti ke pasar semula. Pagi-pagi buta jam 6 dah terceguk kat Pasar Kota Kinabalu. mak datok, ikannya beso beso dan murah giler. Udang pun beso beso serta murah.....aku shopping sakan dalam RM100 dapat beli ikan dua jenis, udang, sotong, ketam, sayur-sayur dan buah-buahan....penuh kawasan belakang storage area 4x4 aku tu......mau tahan 2 minggu stok ni......itu la nikmatnya tinggal di Sabah, selain lautnya, gunung ganangnya........semua begitu indah serta mengasyikkan....tak nak transfer la mcm ni....eheheeee...mari kita cari jalan macamana nak suruh bos bagi kita stay Sabah lama-lama.......thinkkkkkk bro!!!!

Thursday, August 21, 2008

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Lerrrr.....dah lama aku tak memblogkan diri, entah apa yang sibuk sangat dengan dunia ni weiiiiii.....sedar-sedar dah bulan Ogos 2008, projek aku pun dah nak habis...delay tu biasa la kan projek gomen yang banyak halangan politik ni.....anyway, happy to be back so let us start new business...eheheeeeee

yeyyy yeyyyy next month posa.....